Pengenalan Perang_Saudara_Rusia

Selepas kemunduran Maharaja Rusia Nicholas II dari takhta, Pemerintah Sementara Rusia ditubuhkan semasa Revolusi Februari pada tahun 1917. Pada Revolusi Oktober yang berikutnya pula, askar-askar Parti Bolshevik mengambil kuasa di kota Saint Petersburg (dikenali pada masa itu sebagai Petrograd) dan menakluk bandar-bandar bekas Empayar Rusia yang lain satu-persatu. Pada Januari 1918, Parti Bolshevik membubarkan Majlis Konstituen Rusia dan mengisytiharkan bahawa pihak mereka akan menjadi permerintah baru Rusia.

Dengan segera, pihak Bolshevik meminta Empayar Jerman supaya menghentikan serangannya terhadap Rusia seperti apa yang ketua Parti Bolshevik ,Vladimir Lenin, telah menjanjikan kepada rakyatnya dan pada 18 Februari 1918 Perjanjian Brest-Litovsk ditandatangani yang mengakibatkan banyak wilayah-wilayah Rusia dirampasi oleh Empayar Jerman dan Uthmaniyyah. Ini mencetuskan kemarahan di antara golongan-golongan nasionalis dan konservatif terhadap pihak Bolshevik pada masa itu.

Sebuah persekutuan Anti-Bolshevik yang terdiri daripada pemilik-pemilik tanah, jeneral-jeneral tentera, golongan nasionalis dan konservatif, penyokong-penyokong maharaja Rusia pun ditubuhkan untuk menentang pihak Bolshevik. Persekutuan ini dipimpini oleh Laksamana Kolchak, Jeneral Yudenich, Jeneral Denikin dan dinamakan Gerakan Putih atau lebih dikenali sebagai Tentera Putih.