Perang_format

Perang format ialah persaingan antara format-format proprietari yang saling tidak serasi, khususnya peranti storan data dan format rakaman untuk media elektronik. Perang format sering disifatkan oleh pengaruh politik dan kewangan terhadap para penerbit kandungan oleh pihak pembangun teknologi terbabit. Syarikat-syarikat pembangun boleh disifatkan sebagai terlibat dalam perang format jika didapati terang-terangan melawan atau menghindari piawaian teknikal industri terbuka yang boleh saling kendali untuk mengusahakan piawaian tersendiri.