1970-an Perang_format

  • Perang format pita video: JVC VHS lwn Sony Betamax lwn Philips Video 2000. Sejak bermula pada tahun 1976, VHS mengawal 70% pasaran Amerika Utara menjelang tahun 1980. Kelebihan utama VHS ialah tempoh rakaman yang lebih lama. Dari sudut pandangan pengguna, media kosong VHS lebih panjang muatannya, oleh itu lebih murah.
  • Piring hitam lwn Compact Cassette - Piring hitam 33-1/3 menguasai kebanyakan abad ke-20, dari 1940-an sehingga diganti oleh teknologi baru pada 1980-an. Lawan utamanya, iaitu kaset pada mulanya tidak begitu memberangsangkan sambutannya, tetapi dengan kedatangan boombox dan Walkman pada 1970-an dan awal 1980-an, lama-kelamaan kaset terjual lebih berbanding piring hitam pada 1980-an. Kaset boleh dipasang secara mudah alih, main baliknya tidak tercalar atau terlangkau, serta menghampiri mutu CD pada muzik prarakam Type II yang dikodkan dengan Dolby B.