Perbadanan_Pengurusan_Sisa_Pepejal_dan_Pembersihan_Awam

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673).[1][2] Ia mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.[1] Peranan Perbadanan ialah untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih cekap, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.[1][3]

Perbadanan_Pengurusan_Sisa_Pepejal_dan_Pembersihan_Awam

Di bawah bidang kuasa Kerajaan Malaysia
Eksekutif agensi
  • Haji Mohamamad Mentek, Pengerusi
  • Haji Ismail Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Ibu pejabat Bangunan Ibu Pejabat SWCorp, Blok J, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Dibentuk 1 Jun 2008; 11 tahun yang lalu (2008-06-01)
Tapak web www.swcorp.gov.my