Perbadanan_Produktiviti_Malaysia

Perbadanan Produktiviti Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysia Productivity Corporation) atau MPC dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Produktivi Kebangsaan (Bahasa Inggeris: National Productivity Corporation) atau NPC. Perbadanan ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai projek usahasama antara Kerajaan Persekutuan dan Tabung Khas Bangsa-bangsa Bersatu.Penubuhan perbadanan ini dengan bermatlamatkan, antaranya mewujudkan pakar-pakar tempatan di dalam bidang produktiviti, kualiti, pengurusan dan keusahawanan.