Latarbelakang Perbadanan_Usahawan_Nasional

PUNB merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra, badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera, ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM300 juta di mana RM250 juta telah berbayar.

Asas kewujudan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka kearah kecemerlangan.