Perbicaraan_Doktor
Perbicaraan_Doktor

Perbicaraan_Doktor

Perbicaraan Doktor (secara rasmi United States of America lwn. Karl Brandt, dll) ialah perbicaraan pertama anatara 12 perbicaraan jenayah perang terhadap para doktor Jerman oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, yang diadakan di Nuremberg, Jerman di dalam zon pendudukan AS selepas tamat Perang Dunia Kedua.   Perbicaraan-perbicaraan ini diadakan di hadapan mahkamah tentera AS, bukan di hadapan Tribunal Tentera Antarabangsa, akan tetapi berlangsung di dalam kamar yang sama di Istana Keadilan. Perbicaraan-perbicaraan ini digelar secara kolektif sebagai "Perbicaraan Nuremberg Terkemudian", dan secara formal, "Perbicaraan Penjenayah Perang di hadapan Tribunal Tentera Nuremberg" (NMT).Dua puluh daripada 23 orang defendan merupakan pengamal perubatan (Viktor Brack, Rudolf Brandt, dan Wolfram Sievers pegawai Nazi) dan dituduh terlibat dengan pengujikajian manusia Nazi dan pembunuhan beramai-ramai atas nama eutanasia. Templat:Perbicaraan NurembergJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.