Percy_Jackson_&_the_Olympians
Percy_Jackson_&_the_Olympians

Percy_Jackson_&_the_Olympians

Percy Jackson & the Olympians merupakan sebuah siri pengembaraan dan fantasi karangan Rick Riordan. Berlatar belakangkan Amerika Syarikat, buku ini secara khususnya berasaskan mitologi Yunani. Siri ini mengandungi lima buah buku, berserta dengan tajuk sampingan seperti The Demigod Files dan Demigods and Monsters. The Lightning Thief, buku yang pertama, merupakan asas kepada filem yang bertajuk Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, yang mula ditayangkan pada Februari 2010.Watak utama protagonis ialah Percy Jackson, yang mendapati bahawa dirinya ialah anak kepada Poseidon, dewa lautan dan gempa bumi. Dia mengetahui yang makhluk legenda mitologi Yunani masih lagi wujud dan sentiasa wujud termasuklah raksasa, siklops, empousa, Titan, dan Dewa-dewi Yunani yang tinggal di Olympus, yang kononnya kini terletak di tingkat 600 Bangunan Empire State. Percy sering diserang oleh raksasa memandangkan dia adalah anak kepada "Tiga yang Besar": penguasa langit, Zeus, raja laut, Poseidon, dan pemimpin barzakh, Hades, yang mempuat perjanjian selepas Perang Dingin II untuk tidak mempunyai anak kerana mereka terlalu berkuasa dan sukar diramal. Percy turut menemui separa dewa yang lain, yang ramah mahupun yang ganas, yang juga turut mempelajari proses mengenali keturunan dan kuasa. Anak "Tiga yang Besar" lain yang diketahui dalam siri ini ialah Thalia Grace (anak perempuan Zeus), Nico di Angelo (anak Hades), dan Bianca di Angelo (anak perempuan Hades).

Rujukan

WikiPedia: Percy_Jackson_&_the_Olympians http://www.amazon.com/Demigods-Monsters-Favorite http://www.amazon.com/Percy-Jackson-Olympians-Ulti... http://www.amazon.com/dp/1423101472/ http://search.barnesandnoble.com/The-Demigod-Files... http://rickriordan.blogspot.com/ http://rickriordan.blogspot.com/2008/03/demigods-a... http://rickriordan.blogspot.com/2009/11/camp-half-... http://nds.gamezone.com/gzreviews/r39716.htm http://www.hyperionbooksforchildren.com/popular/di... http://www.imdb.com/name/nm0077074/