Novel Percy_Jackson_&_the_Olympians

The Lightning Thief

Rencana utama: The Lightning Thief

The Lightning Thief merupakan buku pertama bagi siri ini. Ia dilancarkan pada 28 Jun 2005.

Percy Jackson merupakan budak lelaki berusia dua belas tahun yang menghidap disleksia dan ADHD (Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan). Selepas pergi ke kerja lawatan dan diserang oleh guru matematiknya, yang sebenarnya seekor Fury yang menyamar, dia mendapati yang dirinya ialah anak kepada dewa Yunani. Dia dibawa ke Kem Kacukan (kem untuk kanak-kanak yang beribu atau berbapakan dewa Yunani, yang terletak di Long Island) oleh rakan baiknya, seekor satir bernama Grover, dan ibunya Sally. Beliau kemudiannya bertemu dengan Annabeth, puteri Athena, dan mereka dengan cepat menjadi teman baik. Tidak lama selepas kedatangannya, Poseidon, dewa laut, mendakwa Percy sebagai anaknya ketika permainan merampas bendera gaya dewa. Percy kemudiannya dituduh mencuri panah petir Zeus, model untuk petir. Dia, Annabeth, dan Grover diberikan sepuluh hari untuk mengembalikan panah petir itu ke Gunung Olympus untuk menghentikan perang antara dewa-dewa dari bermula dan menyelamatkan ibunya, yang telah dikurung di Alam Barzakh oleh Hades selepas ditangkap oleh Minotaur. Akhirnya, terungkai bahawa Luke, anak lelaki Hermes, mencuri panah petir itu untuk Kronos, yang cuba bangkit semula. Pada akhir cerita, Grover menemui Pan, yang Dewa Alam Yunani yang hilang.

Baru-baru ini, buku The Lightning Thief telah diadaptasi ke filem dengan judul Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief oleh Chris Columbus dan 20th Century Fox.

The Sea of Monsters

Rencana utama: The Sea of Monsters

The Sea of Monsters adalah sambungan kedua dalam siri ini, dilancarkan pada 3 April 2006.

Dalam buku ini, novel paling pendek dalam siri, empati Percy wujud antara Grover dan dirinya sendiri menjadi teruk ketika dia memiliki mimpi yang merupakan realiti kepada Grover si satir. Grover telah diculik dan dibawa ke sebuah pulau di Laut Raksasa, dikenali manusia sebagai Segitiga Bermuda, laut yang berbahaya yang hampir mustahil untuk keluar hidup-hidup. Percy, Annabeth, dan saudara tiri barunya, Tyson Cyclops, pergi dan cuba untuk tidak hanya menyelamatkan Grover, tetapi juga untuk mendapatkan Bulu Bebiri Emas. Bulu Bebiri itu adalah satu-satunya hal yang dapat menghentikan Pokok Thalia dari mati, yang akan menjadikan Kem Kacukan terdedah terhadap serangan oleh Titan dan Luke.

The Titan's Curse

Rencana utama: The Titan's Curse

The Titan's Curseadalah sambungan ketiga dalam siri ini. Ia dilancarkan pada 1 April 2007.

Grover sang satir telah menyamar ke sekolah untuk mencari mereka yang berdarah kacukan, dan menemui dua adik beradik hebat, Nico dan Bianca di Angelo. Sementara dalam misi ini, mereka diserang oleh Manticore, tetapi diselamatkan oleh Pemburu Artemis, yang tiba tepat pada waktunya untuk membantu. Annabeth jatuh ke dalam gaung dalam cubaan untuk membunuh Manticore, dan Percy akhirnya mengetahui bagaimana dia selamat dan telah ditangkap oleh Luke. Bianca bergabung dengan Pemburu dan Nico meninggalkan kawasan perkhemahan. Sebaik sahaja tiba di kem, Percy mendapati bahawa Artemis sendiri telah ditangkap juga.

Percy, Grover, Thalia, Bianca, dan Zoe Solanaceae (leftenan Artemis) keluar untuk menyelamatkan mereka. Mereka mengetahui bahawa Atlas telah terlepas dari seksaan di Gunung Despair (Keputusasaan) di Gunung Tamalpais, California dan berniat menghentikan mereka dari berjaya. Mereka kemudiannya mengalahkan Atlas walaupun dua pemburu terkorban. Ketika solstis, Thalia menggantikan Zoe sebagai leftenan Artemis. Setelah mereka kembali, Nico menceritakan tentang kematian Bianca. Dia menyalahkan Percy, menuduhnya gagal melindungi dirinya seperti yang telah dijanjikan. Ketika beberapa rangka mayat hidup kembali, Nico berfikir bahawa Percy sekarang cuba membunuhnya juga. Dia menatap mereka dan mereka dicampak ke alam barzakh, lalu melarikan diri. Percy menyedari bahawa Hades adalah ayah Nico. Pada mulanya, Percy, Annabeth, dan Grover berfikir bahawa ini bertentangan dengan janji "Tiga yang Besar", untuk tidak mempunyai anak, tapi kemudian mereka menyedari bahawa kedua-dua adik beradik kandung itu telah bersembunyi di Kasino Lotus sejak sebelum perjanjian itu dibuat. Percy kini mempunyai musuh baru iaitu Nico, anak Hades.

The Battle of the Labyrinth

The Battle of the Labyrinth, dilancarkan pada 8 Mac 2008, merupakan buku keempat dalam siri.

Selepas diserang oleh raksasa ketua sorak di sekolah baru, Percy kembali ke Kem Kacukan dan belajar tentang "Labirin", bahagian istana Raja Minos di Crete. Menurut mitologi Yunani, Labirin itu direka oleh Daedalus. Ketika permainan/pertempuran dengan kala jengking gergasi, Annabeth dan Percy menemui pintu masuk ke Labirin. Percy lantas mengetahui bahawa Luke telah menggunakan pintu masuk dan akan memimpin pasukannya melalui Labirin terus ke tengah kem. Untuk masuk ke dalam Labirin, Percy telah menemukan Simbol Delta (Δ) di sebuah lorong, menyentuhnya, dan kemudian masuk Labirin untuk menemukan Daedalus.

Menggunakan Labyrinth, Percy cuba untuk menemukan Daedalus supaya Luke tidak mampu mendapatkan tali Ariadne, dan menggagalkan serangan Luke. Beliau mendapatkan bantuan yang diperlukan daripada seorang gadis biasa bernama Rachel Elizabeth Dare, yang mampu melihat jalan di Labirin menuju Daedalus. Ketika pengembaraan mereka, dia memukul mata Kronos dengan sikat plastik biru. Kronos mengetahui bahawa Nico di Angelo adalah putera Hades dan juga mungkin merupakan anak ramalan. Luke menjumpai Daedalus dan mendapatkan tali Adriadne yang digunakan untuk memimpin pasukannya menyerang Kem Kacukan. Grover datang untuk menyelamatkan kem dan menyebabkan "Panik" (jeritan yang melambangkan dewa liar Pan) untuk menakut-nakutkan musuh. Selepas pertempuran, Daedalus mengorbankan diri untuk menutup Labirin, yang terikat dengan hidupnya.

The Last Olympian

Rencana utama: The Last Olympian

The Last Olympian, buku kelima dalam siri Percy Jackson, dilancarkan pada 5 Mei 2009. [1]

Percy Jackson dan rakan-rakannya berjuang dalam perang yang menyerupai perang asal antara dewa-dewa Yunani dan para Titan dan dalam pertempuran terakhir dengan Titan yang hebat, Raja Kronos. Mereka akhirnya menewaskan Kronos dalam pertempuran dan Olympus akhirnya kekal.

Dewa mengurniakan Percy, Grover, Annabeth, dan Tyson masing-masing hadiah. Tyson menjadi Jeneral Tentera Cyclops dan senjata yang dikurniakan adalah mengikut permintaan sendiri iaitu sebuah kayu pemukul. Grover mendapat kerusi Council of Cloven Elders. Annabeth akan bertanggungjawab membina semula Olympus. Percy ditawarkan satu permintaan sebagai anugerah, dan dia diberitahu bahawa dia boleh memilih untuk menjadi seorang dewa. Sebaliknya, melihat semua kerosakan yang telah berlaku, Percy mahu dewa berjanji pada Sungai Styx bahawa mereka akan mengenali semua anak-anak mereka ketika anak-anak mereka menjadi 13 tahun. Dia juga meminta mereka untuk membina pondok-pondok untuk Hades dan dewa-dewa kecil seperti Hecate dan Morpheus di Kem Kacukan, menurut permintaan separa dewa yang lain, Ethan Nakamura, yang terbunuh dalam pertempuran, yang ibunya ialah Nemesis, dewi balas dendam dan keseimbangan.

Rachel menjadi Oracle of Delphi dan bakal membuat Ramalan Besar menurut Apollo, dan Percy dan Annabeth berciuman. Selepas itu, ahli kem yang lain menolak mereka ke dalam tasik dan Percy membuat gelembung udara untuk mereka berkongsi ciuman di bawah air. Cerita diakhiri ketika Annabeth dan Percy menuruni bukit di Kem Kacukan dan kali ini, Percy tidak melihat ke belakang, kerana dia tidak lagi dalam bayangan ramalan besar.

Rujukan

WikiPedia: Percy_Jackson_&_the_Olympians http://www.amazon.com/Demigods-Monsters-Favorite http://www.amazon.com/Percy-Jackson-Olympians-Ulti... http://www.amazon.com/dp/1423101472/ http://search.barnesandnoble.com/The-Demigod-Files... http://rickriordan.blogspot.com/ http://rickriordan.blogspot.com/2008/03/demigods-a... http://rickriordan.blogspot.com/2009/11/camp-half-... http://nds.gamezone.com/gzreviews/r39716.htm http://www.hyperionbooksforchildren.com/popular/di... http://www.imdb.com/name/nm0077074/