Long Island ialah
pulau yang terletak di sebelah tenggara
New York dan di sebelah timur
Manhattan,
Amerika Syarikat. Terbentang ke timur laut masuk ke
Lautan Atlantik, Long Island terdiri daripada empat
kaunti, dengan duanya merupakan
boro (
Queens dan
Brooklyn) di
Bandaraya New York, dan dua yang lain merupakan terutamanya kawasan
subbandar (
Nassau dan
Suffolk). Sebilangan
jambatan dan
terowong yang merentasi Brooklyn dan Queens menghubungkan Long Island dengan tiga boro yang lain di Bandaraya New York. Tambahan lagi, terdapat perkhidmatan
feri yang menghubungkan Kaunti Suffolk ke arah utara dengan
negeri Connecticut merentasi
Selat Long Island.Long Island merupakan kedua-dua pulau yang paling panjang
[1] dan pulau yang
terbesar di
Amerika Syarikat berdampingan. Ia terbentang sejauh 118 batu (190 kilometer) dari
Pelabuhan New York, dan mempunyai lebar maksimum sebanyak 23 batu (37 kilometer) dari pantai utara (Selat Long Island) hingga pantai
Atlantik selatan.
[2] Dengan kawasannya seluas 1,401 batu persegi (3,629
km2), Long Island ialah pulau yang ke-11 terbesar di Amerika Syarikat serta juga
pulau ke-148 terbesar di dunia. Keluasan tanah Long Island adalah lebih besar daripada negeri
Pulau Rhode serta juga lebih besar daripada mana-mana wilayah Amerika Syarikat, kecuali
Puerto Rico.
[2]Long Island mempunyai 7,448,618 orang penduduk pada
2000 (mengikut
banci 2000),
[2] dengan jumlah penduduknya dianggar sebagai sebanyak 7.7 juta pada
1 Julai 2008 dan dengan itu, menjadikannya sebagai pulau yang mempunyai
paling banyak penduduk di mana-mana satu negeri atau wilayah Amerika Syarikat. Ia juga merupakan
pulau yang ke-17 paling banyak penduduk di dunia, iaitu lebih banyak daripada
Ireland,
Jamaica, dan
HokkaidÅ (
Jepun). Kepadatan penduduknya 5,470 inhabitants per batu persegi (2,110/km2). Jika Long Island merupakan sebuah negeri, ia akan mendapat tempat
ke-12 antara semua negeri di Amerika Syarikat, berdasarkan jumlah penduduknya.