Perdana_Menteri_Armenia
Perdana_Menteri_Armenia

Perdana_Menteri_Armenia

Templat:Politics of ArmeniaPerdana Menteri Armenia ialah ketua kerajaan dan menteri paling kanan dalam kerajaan Armenia, dan diperlukan mengikut perlembagaan untuk "menentukan hala utama dasar Kerajaan, mengurus aktiviti Kerajaan dan menyelaraskan kerja ahli-ahli Kerajaan." Juga, menurut perlembagaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Keselamatan, yang menetapkan hala utama dasar pertahanan negara[1]. Di bawah perlembagaan 2015 yang baharu, Perdana Menteri ialah orang yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam politik Armenia. Perdana Menteri dilantik oleh Presiden Armenia, namun boleh dibuang daripada jawatan oleh undi tidak percaya dalam Parlimen. Dalam referendum perlembagaan yang diadakan pada tahun 2015, rakyat mengundi berpihak kepada memindah Armenia kepada republik berparlimen.Jawatan Perdana Menteri pertama kali diwujudkan pada tahun 1918 dengan penubuhan Republik Pertama Armenia. Jawatan ini lenyap apabila Republik Pertama Armenia digabungkan ke dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia. Apabila Armenia mendapat balik kemerdekaannya, jawatan Perdana Menteri telah diperkenalsemulakan.