Perdana_Menteri_Korea_Selatan
Perdana_Menteri_Korea_Selatan

Perdana_Menteri_Korea_Selatan

Perdana Menteri Republik Korea dilantik oleh Presiden dengan persetujuan majlis Perhimpunan Kebangsaan. Jawatan tersebut boleh disandang oleh bukan dalam kalangan ahli Perhimpunan. Bagi Perdana Menteri yang dilantik tetapi tidak disahkan oleh Perhimpunan pula digelar sebagai Pemangku Perdana MenteriPerdana Menteri adalah Ketua Penolong Eksekutif kepada Presiden yang merupakan Ketua Kerajaan. Perdana Menteri membantu Presiden dengan menyelia kementerian dan membuat cadangan untuk para menteri. Dalam susunan penggantian, Perdana Menteri adalah yang pertama dalam melaksanakan tugas-tugas jawatan Presiden sebagai Pemangku Presiden jika Presiden tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya. Perdana Menteri juga boleh menjadi Pemangku Presiden apabila seseorang Presiden itu meninggal dunia, meletakkan jawatan atau dipecat daripada menjadi Presiden seperti dalam kes yang berlaku pada 10 Mac 2017 oleh Presiden Park Geun-hye.Jawatan ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1948, apabila Korea Selatan dibentuk dan ia telah dipegang oleh Lee Beom-seok sehingga tahun 1950. Nama jawatan ini pernah bertukar kepada Ketua Menteri Kabinet pada 1961 sehinggalah 1963. Tugas Perdana Menteri dibantu oleh dua orang naib perdana menteri.[1]Jawatan tersebut kini disandang oleh Jung Hong-won dari Parti Saenuri sejak 26 Februari 2013.