Ringkasan Perempuan_Tanpa_Rahim

Kamariah seorang jururawat telah mengalami sejarah hitam kerana pernah dirogol ketika usianya 26 tahun. Perkara itu telah menghantui Kamariah sehinggalah ke usia tuanya. Sewaktu kejadian berlaku Kamariah telah diselamatkan oleh Malim. Malim telah menaruh hati dan berhasrat untuk memperisterikan Kamariah sedangkan Malim sudah pun mempunyai isteri. Kerana terpaksa, Kamariah sanggup berkahwin. Mereka membuat pengakuan kepada orang tua masing-masing bahawa mereka keterlanjuran.

Isteri Malim, Fatimah telah meminta cerai kepada Malim kerana malu dengan perbuatan suaminya. Kamariah pula ingin mengugurkan kandungannya tetapi dihalang Malim sehinggalah bayi tersebut dilahirkan dan diberi nama Syahidah. Kewujudan Syahidah telah menimbulkan rasa benci Kamariah kepada anaknya itu. Disebabkan peristiwa hitam itu juga Kamariah tidak dapat memaafkan dirinya malah dia turut memusnahkan hubungan kasih sayang anak-anaknya sendiri.