Etimologi Pergunungan_Pyrene

Herodotus menyatakan bahawa nama "Pyrene" itu merujuk kepada sebuah bandar di kawasan Celt Eropah.[1] Menurut mitologi Yunani melalui catatan Silius Italicus pula,[2] Pyrene merupakan seorang puteri kepada Bebryx, seorang raja Mediterranean Gaul yang melayan Herakles dengan baik sewaktu tugasnya mencuri lembu Geryon[3]. Hercules menjadi terlalu mabuk dan berahi sehingga hilang kawalan lalu merogol anak raja tersebut. Pyrene melahirkan seekor ular tidak lama kemudian dan melarikan diri ke hutan kerana tidak mampu menanggung kemarahan ayahandanya. Dia meluahkan seisi hatinya sendirian di hutan tersebut sampai menarik perhatian haiwan liar yang menerkam dan merobek-robeknya.

Setelah Hercules berjaya mengalahkan Geryon, dia melalui kerajaan Bebryx sekali lagi dan tersempak dengan mayat Pyrene yang penuh luka. Hercules menyedari dosa yang dilakukannya dengan hati yang sebak. Dia menyemadikan jasad Pyrene baik-baik sambil menyeru persekitarannya berkabung memeilahara namanya:[4] "Puncak-puncak gunung menggeletar pada rabungnya mendengar suara Hercules; dia terus memanggil 'Pyrene!' dengan hibanya sambil tebing-tebing batu dan sarang haiwan liar menggema nama 'Pyrene!' itu kembali … Gunung-gunung itu bergema nama yang ditangisi itu sepanjang zaman." Plinius yang Tua mengaitkan cerita Hercules dan Pyrene itu kepada Lusitania namun menolaknya atas alasan ia rekaan belaka.[5]