Tangkapan Perhimpunan_Bersih_2007

Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim. Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.[13] Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.[14]

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan_Bersih_2007 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://desarapen.blogspot.com/2005/08/lasang-pinoy... http://www.jeffooi.com/2007/11/clean_up.php http://www.malaysiakini.com/news/74614 http://www.michaelbackman.com/M7.html http://www.youtube.com/watch?v=4Q6558tY58E http://www.youtube.com/watch?v=jfpYZ4IGenY http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganp... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007...