Perikatan_Utara
Perikatan_Utara

Perikatan_Utara

Barisan Bersatu (Barisan Islam Bersatu untuk Keselamatan dari Afghanistan, UIF, Jabha-yi Muttahid-i Islami-yi Milli bara-yi Nijat-i Afghanistan), yang dikenali di Barat sebagai Perikatan Utara Afghanistan adalah sebuah pertubuhan payung ketenteraan-politik yang ditubuhkan oleh Negara Islam Afghanistan pada tahun 1996 di bawah kepimpinan Menteri Pertahanan Ahmad Shah Massoud. Pertubuhan ini menyatukan kesemua kumpulan etnik di Afghanistan untuk menentang Taliban Afghanistan yang mana disokong oleh Pakistan dan Al Qaeda. Etnik yang menyertai Perikatan Utara termasuk orang Tajik, Pashtun, Hazaras, Uzbeks, Turkmen dan lain-lain.Pada akhir tahun 2001, selepas serangan dalam Peristiwa 11 September ke di Amerika Syarikat yang membunuh 3,000 orang, Perikatan Utara berjaya merampas kebanyakan wilayah Afghanistan daripada kawalan dengan bantuan daripada angkatan tentera dan pasukan khas Amerika Syarikat. Walaupun bimbang akan berulangnya kekacauan sama seperti yang berlaku semasa perang saudara 1992-1996, kesemua puak dalam Perikatan Utara menerima pemerintahan kerajaan sementara yang diketuai oleh Presiden Hamid Karzai.

Rujukan

WikiPedia: Perikatan_Utara http://www.peace-initiatives.com/dari.htm http://www.peace-initiatives.com/frame.htm http://www.youtube.com/watch?v=EvYglyjbHkI http://www.youtube.com/watch?v=xpQI6HKV-ZY&feature... http://www.youtube.com/watch?v=zzPcMB9SQz0 http://www.fas.org/irp/world/para/northern_allianc... http://www.hrw.org/reports/2001/afghan2/Afghan0701... http://www.orient.uw.edu.pl/balcerowicz/texts/Ahma... http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/south_asia/155299... http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/south_asia/165218...