Al-Qaeda (
Bahasa Arab: القاعدة,
ditransliterasikan sebagai al-Qā'idah; "asas", atau "bank data") ialah sebuah pertubuhan
separa tentera Islam Sunni fundamentalisme antarabangsa yang terdiri daripada sel-sel berasingan yang berusaha sama untuk mengurangkan pengaruh luar terhadap hal-ehwal Islam. Negara-negara yang menyenaraikan kumpulan ini sebagai sebuah pertubuhan pengganas termasuk
Amerika Syarikat,
[23]United Kingdom,
[24]Kanada,
[25]dan
Australia[26] dan
Malaysia [27] Walaupun Al Qaeda mempunyai
falsafah yang berlainan dalam konteks Sunni, ahli-ahli yang paling terkenal dalam kumpulan ini dipercayai memegang kepercayaan
Salafiyah.Asal-asal kumpulan ini (kemudian digelarkan 'al-Qaeda' oleh
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dapat dikesani sehingga beberapa minggu selepas
Serangan Afghanistan oleh Kesatuan Soviet pada tahun
1979, ketika satu kader pejuang
Muslim Arab yang bukan orang
Afghanistan menyertai mujahidin-
mujahidin gerakan penentangan Afghanistan (satu peperangan terhadap angkatan pendudukan
Kesatuan Soviet dan kerajaan Afghanistan yang disokong oleh Kesatuan Soviet) yang dibiayai terutamanya oleh Amerika Syarikat,
Arab Saudi dan
Pakistan.
Osama bin Laden, seorang ahli daripada keluarga
usahawan Arab Saudi yang terkenal, mengetuai sekumpulan pertubuhan tak rasmi yang berusaha untuk menubuhkan tabung serta menjadi agensi pengambilan di negara-negara Islam untuk membantu Afghanistan; kumpulan ini menyalurkan pejuang-pejuang Islam untuk pertempuran di Afghanistan, mengedarkan wang, dan membekalkan kemahiran dan sumber
logistik untuk kedua-dua angkatan yang bertempur serta
pelarian Afghanistan.Al Qaeda tiba-tiba menjadi ternama selepas
serangan 11 September 2001 terhadap bangunan
WTC dan
Pentagon.
CIA menuduh kumpulan Al Qaeda sebagai pertubuhan yang meletupkan kedua-dua bangunan itu. Sebenarnya, Al Qaeda adalah nama fail bagi senarai nama ahli kumpulan Mujahidin yang ber
jihad menentang penjajahan
Rusia di
Afghanistan. Osama bin Laden adalah anak didik CIA bagi menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan. Tetapi kini, Osama bin Laden pula benci akan Amerika Syarikat, dan senjata hendak makan tuannya. Bagaimanapun, tanpa keupayaan makan tuan, mereka kini cuba makan anak-anak tuan yang tidak berupaya melindungi terdiri dan oleh itu, lebih senang dimakan. Adakah pembunuhan-pembunuhan ini merupakan jihad, cuma
Allah dapat memutuskan.