Hizbullah atau
Hezbollah bermaksud
Penolong Allah. Kumpulan
Islam mazhab Syiah ini merupakan sebuah
parti politik di
Lubnan. Hizbullah juga mempunyai pasukan
tentera dan kegiatan awam yang berkesan di
Lubnan. Hizbullah wujud berikutan penjajahan tentera
Israel terhadap selatan Lubnan pada
1982 dan tahun
2000. Pemimpin utamanya kini ialah Sayyid
Hassan Nasrallah.
Hizbullah terbentuk hasil inspirasi kejayaan
Revolusi Iran pada tahun
1979 pimpinan
mullah terkenal
Ayatollah Ruhullah Khomeini. Pada tahun
1982, pilihan terbaik umat Islam di Lubnan bagi mengatasi penjajahan Israel 1982 atau dikenali sebagai
Perang Lubnan ialah meniru cara dan gaya kepimpinan
ulama dalam Revolusi Islam Iran. Kebetulan pula ramai orang Islam mazhab Syiah di Lubnan ,
Syria dan
Jordan dan
Iraq sendiri. Setiap negara tersebut mempunyai kumpulan atau parti yang dinamakan Hizbullah.
Amerika Syarikat selaku sekutu /
boneka Israel menuduh sumber kewangan Hizbullah adalah daripada kerajaan
Syria dan kerajaan
Iran. Jika Amerika menjadi sekutu Israel dibenarkan, mengapa Syria dan Iran tidak boleh menjadi sekutu Lubnan. Sedikit sebanyak masalah kewangan, keselamatan dan minyak yang amat diperlukan oleh Lubnan disumbangkan oleh Syria dan Iran.Syria dan Iran sendiri rela dan terpaksa membantu jirannya dari segi politik, kewangan, persenjataan dan perkaderan. Jirannya yang kuat pastinya menjadi benteng sebelum Israel dapat sampai ke negara Syria dan Iran. Majoriti penduduk Iran adalah bermazhab Syiah. Sokongan dan dokongan terhadap pengikut Syiah di negara jiran terdekat mempunyai keuntungan politik kepada survival Revolusi Islam Iran.Israel telah lama menjadi proksi Amerika Syarikat untuk menguasai kekayaan petroleum di Iran, Iraq, Arab Saudi dan lain-lain. Selagi peperangan berlaku di luar Amerika, Selagi itulah Amerika akan selamat. Amerika menganggap serangan Israel ke atas Hizbullah ini sebagai sebahagian dari rancangan membendung dan mengatasi keganasan. Sebelum ini sumber 'pengganas' di
Afghanistan dan
Iraq telah dihapuskan. Kerajaan Syria dan Iran memang mengaku membantu Hizbullah tapi menafikan bantuan senjata. Melalui
Pergerakan Amal, Hizbullah menjadi parti politik yang sah mewakili masyarakat Syiah di Lubnan. Hizbullah menjadi parti terbesar dan pengaruh yang kuat di Lubnan. Parti Hizbullah diktiraf oleh kerajaan dan dibenarkan menyertai Pilihan raya umum bagi mengendurkan dan mengurangkan unsur
militan dalam Hizbullah. Namun unsur militan Hizbullah tidak dapat dibendung sepenuhnya.
Penduduk Lubnan terbahagi kepada
Islam dan
Kristian. Penduduk Islam dan Kristian sendiri bertempur sesama sendiri dan agak lama. Bagi mengendurkan pertelingkahan itu, jawatan
Presiden Lubnan diserahkan kepada puak Kristian dan jawatan
Perdana Menteri diserahkan kepada puak Islam.
Presiden Lubnan Emil Lahoud merupakan seorang Kristian. Sementara
Perdana Menteri Lubnan Fouad Siniora seorang
Islam.Parti Hizbullah menguasai 18% dalam pilihan raya Lubnan 2005. 23 dari 128 kerusi dimenangi oleh Hizbullah, kebanyakannya di bahagian selatan, yang bersempadan dengan utara Israel. Segelintir mereka ini sebenarnya
pelarian Palestin sejak tahun 1948 lagi. Pelarian Palestin ini menyerap menjadi Hizbullah. Pada peringkat awal, pelarian Palestin tidak disenangi oleh warga asal Lubnan sendiri.Hizbullah yang dipimpin leh Sayyid
Hassan Nasrallah menguasai segenap pemikiran dan keperluan masyarakat Syiah khususnya.
Hospital,
tadika,
sekolah rendah,
sekolah menengah dan perkhidmatan berita disediakan oleh Hizbullah. Pelbagai projek ekonomi dan kemudahan infrastruktur telah dibina atas nama Hizbullah yang dipanggil 'Jihad al-Bina'. Malangnya perubahan sikap positif Hizbullah ini tidak disenangi oleh Israel. Israel terus-terusan melabelkan Hizbullah sebagai
pertubuhan pengganas atau '
teroris'.
Amerika Syarikat,
United Kingdom dan
Kanada menyetujui cap pengganas ini. Sebaliknya
Kesatuan Eropah tidak menafikan Hizbullah sebagai pertubuhan pengganas, kecuali
Imad Mugniyah.Imad Mugniyah ialah pegawai perisik kanan yang telah dibuktikan sebagai pengganas.Hizbullah diperkuatkan dengan penyertaan ribuan
Pasukan Pengawal Revolusi Iran dan kewangan Iran. Bantuan kewangan Iran ini atas nama membantu
Program Pemulihan Islam Lubnan.