Perisian_bebas_dan_sumber_terbuka
Perisian_bebas_dan_sumber_terbuka

Perisian_bebas_dan_sumber_terbuka

Perisian bebas dan sumber terbuka (popular dengan singkatan Inggeris FOSS) ialah perisian hasil gabungan kedua-dua falsafah perisian bebas dan model sumber terbuka. Pengguna dibenarkan mengkaji, mengubahsuai, dan membaiki kod sumbernya serta mengedarkannya semula kepada orang lain. Pendekatan penggabungan ini berjaya meraih populariti dan diamalkan oleh ramai individu dan syarikat korporat.