Sejarah Perisian_percuma

Istilah freeware mula-mula diperkenalkan oleh Andrew Fluegelman ketika beliau hendak menjual sebuah atur cara komunikasi bernama PC-Talk yang beliau ciptakan tetapi beliau tidak mahu menggunakan kaedah pengedaran lama disebabkan kos mereka.[2] Fluegelman lantas mengedarkan PC-Talk melalui satu proses yang kini merujuk kepada shareware. Penggunaan istilah ini pada masa sekarang tidak semestinya perlu menepati konsep asalnya yang diperkenalkian oleh Andrew Fluegelman.