Taksonomi Perissodactyla

Ahli-ahli order ini terbahagi kepada dua suborder:

  • Hippomorpha, ungulat berjari ganjil yang kini berupa pelari laju berkaki panjang dengan sebatang jari sekaki. Satu-satunya famili dalam suborder ini ialah Equidae (yang hanya tinggal genus Equus), terdiri daripada kuda, kuda belang, keldai, dan spesies-spesies berkaitan. Makhluk pupus Brontotheriidae yang seakan-akan badak sumbu turut tergolong dalam suborder ini. Kedua-dua keluarga mungkin keturunan Palaeotheriidae.
  • Ceratomorpha, memiliki beberapa batang jari yang berfungsi; lebih berat dan bergerak lebih perlahan daripada Hippomorpha. Suborder ini ada dua famili yang wujud, iaitu: Tapiridae (tapir) dan Rhinocerotidae (badak sumbu). Chalicotheriidae yang pupus mungkin tergolong dalam suborder ini.

Tiga famili Perissodactyla yang masih wujud digolongkan seperti berikut: