Perjalanan_ke_Barat
Perjalanan_ke_Barat

Perjalanan_ke_Barat

Perjalanan ke Barat  (Cina Tradisional: 西遊記; Cina Mudah: 西游记; Hanyu Pinyin: Xīyóu-jì ; Wade-Giles: Hsiyu-chi ) ialah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Pada asalnya diterbitkan secara tanpa nama pengarang pada dekad 1590-an semasa Dinasti Ming, dan walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah dikatakan ditulis oleh cendekiawan Wú Chéng'ēn sejak abad ke-20. Karya ini juga dikenali sebagai Monyet sempena judul buku terjemahan ringkas yang popular oleh Arthur Waley.Novel ini ialah pemerihalan cereka tentang legenda-legenda yang melibatkan ziarah sami Xuanzang ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan Buddhisme yang dikenali sebagai sutra. Atas arahan Buddha, Bodhisatva Guānyīn memberikan tugas ini kepada Xuanzang dan tiga orang pelindungnya dalam bentuk pengikut, iaiatu Sūn Wùkōng, Zhū Bājiè dan Shā Wùjìng, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda untuk Xuánzàng. Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Xuánzàng supaya dapat menebus dosa-dosa mereka yang terdahulu.Sesetengah cendekiawan mencadangkan bahawa buku ini ialah karya sindiran terhadap kerajaan Cina yang lemah ketika itu. Perjalanan ke Barat amat mempengaruhi budaya rakyat, mitologi, dan sistem-sistem nilai Cina, dengan dewa-dewa Taoisme dan Buddhisme masih membayangkan kepercayaan budaya rakyat Cina pada hari ini.Sebahagian daripada kepopularan novel ini yang lama bertahan berasal daripada kesan-kesannya yang bertindak pada beberapa peringkat: selain merupakan sebuah cerita pengembaraan yang sangat baik serta pemberi wawasan rohaniah, ia juga mengalegorikan penziarahan ke India itu sebagai suatu perjalanan perseorangan menuju ke kecerahan.

Rujukan

WikiPedia: Perjalanan_ke_Barat http://www.china-guide.com/entertainment/journey.h... http://www.china-on-site.com/pages/comic/1.php http://www.imdb.com/title/tt0469050 http://www.journeytothewestthemusical.com http://www.karazen.com/reviews/movies/achinesetall... http://www.monkeyheaven.com/ http://www.vbtutor.net/Xiyouji/journeytothewest.ht... http://www.webcitation.org/query?id=12565401750963... http://xahlee.org/p/monkey_king/monkey_king.html https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Journe...