Perjanjian_Jepun–Korea_1907

Satu Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea (第三次日韓協約, Dai-sanji Nikkan Kyōyaku) diikat antara Empayar Jepun dan Empayar Korea pada 24 Julai 1907.Empayar Korea menjadi kawasan naungan Jepun di bawah terma-terma Perjanjian Eulsa yang terdahulu pada tahun 1905, dan maka itu kehilangan hak untuk menjalankan pertukaran diplomatik dengan negara-negara lain. Maharaja Gojong menghantar seorang wakil secara rahsia ke Persidangan Hague mengenai Keamanan Dunia untuk membantah tindakan Jepun. Pada 18 Julai 1907, Jepun bertindak balas dengan memaksa Maharaja Gojong turun takhta untuk memberi laluan kepada anakanda baginda iaitu Sunjong. Enam hari kemudian, satu persetujuan baru dipaksa terhadap kerajaan Korea. Peruntukan-peruntukan dalam perjanjian baru ini memberi Residen-Jeneral dari Jepun hak untuk melantik dan melucutkan pegawai-pegawai berpangkat tinggi (Perkara 4) dan mensyaratkan bahawa semua pegawai berpangkat tinggi yang dilantik ke kerajaan Korea mesti berbangsa Jepun (Perkara 5). Ini membawa seluruh kerajaan dalaman Korea di bawah penguasaan Jepun. Satu bahagian dalam perjanjian yang tidak diterbitkan juga meletakkan tentera Korea di bawah pimpinan Jepun, dan menyerahkan kuasa-kuasa kehakiman dan pengawasan.

Perjanjian_Jepun–Korea_1907

Hanja 第三次日韓協約
TranskripsiHepburn Semakan
Transkripsi
Hepburn SemakanDai-sanji Nikkan Kyōyaku
Hepburn Semakan Dai-sanji Nikkan Kyōyaku
TranskripsiPerumian SemakanMcCune–Reischauer
Transkripsi
Perumian SemakanJe-sam-cha Han-il Hyeop-yak
McCune–ReischauerChe-sam-ch'a Han-il Hyŏp-yak
Hangul 제3차 한일협약
Hiragana だいさんじにっかんきょうやく
McCune–Reischauer Che-sam-ch'a Han-il Hyŏp-yak
Perumian Semakan Je-sam-cha Han-il Hyeop-yak
Kanji 第三次日韓協約