Pelaksanaan Perjanjian_Ottawa

Selain menghentikan penghasilan dan pembangunan periuk api pembinasa anggota, sesebuah peserta perjanjian harus memusnahkan semua periuk api pembinasa anggota yang dimilikinya dalam masa empat tahun, kecuali sebilangan kecil periuk api yang dibenarkan penyimpanannya untuk tujuan latihan (pemugaran, pengesanan, dsb.) Dalam masa sepuluh tahun selepas menandatangani perjanjian ini, negara peserta sewajarnya memugarkan segala kawasannya yang ditanam periuk api. Memang susah untuk dilakukan bagi setiap negara, tetapi mereka boleh meminta bantuan ataupun lanjutan tempoh di mesyuarat tahunan.

Perjanjian ini hanya meliputi periuk api pembinasa anggota. Periuk api campuran, periuk api pembinasa kereta kebal, periuk api claymore kawalan jauh, peranti (jerangkap samar) dan peranti-peranti letupan "statik" pembinasa anggota yang lain tidak diliputi oleh perjanjian ini.