Perkahwinan_bersama_Wanita_Kitabiah_dan_bukan_Kitabiah_menurut_Islam

Mengikut pengistilahan Islam, Wanita Kitabiah merujuk kepada status wanita yang beragama Yahudi ataupun Kristian (Nasrani) sama ada dia dari bangsa asal agama tersebut (yakni dari keturunan Yahudi) ataupun dari bangsa yang lain. Manakala wanita bukan Kitabiah adalah wanita yang bukan beragama Yahudi ataupun Kristian (Nasrani). Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh para Mufti Malaysia dalam Persidangan Mufti Malaysia kali ke-10 dan ke-14 serta daripada keputusan Muzakkarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-18 yang bertarikh 29-30 April 1975, 14 Julai 1977 dan 14 Mei 1980, ahli Majlis Syura Fatwa tersebut telah menetapkan keputusan bahawa seseorang wanita yang beragama Kristian yang berkahwin dengan lelaki Muslim maka nikahnya tidak sah kecuali Kafir Kitabi (dari keputusan Fatwa kali ke-10 yang bertarikh 29-30 April 1975).Manakala dari keputusan Fatwa kali ke-14 pada 14 Julai 1977 telah memutuskan takrifan Kafir Kitabi seperti takrifan pengistilahan seperti di atas, tetapi hukum berkahwin bersama Wanita Kitabiah perlulah mengikut ketetapan Muzakkarah seperti berikut:Maka dalam kedua-dua kes diatas adalah dihalalkan berkahwin dengan wanita Kitabiah seperti di atas. Adapun begitu, wanita Yahudi atau Nasrani yang tidak diklasifikasikan seperti di atas adalah haram dikahwini sehinggalah wanita itu benar-benar memeluk agama Islam.Bagaimanapun, dalam Muzakkarah kali ke-18 yang bertarikh 14 Mei 1980, fatwa berkenaan perkara ini telah diambil keputusan yang berlainan mengikut syarat-syarat seperti berikut:Selanjutnya, bagi mana-mana wanita yang bukan kitabiah pada era kini samaada dari agama atau bangsa asalnya (seperti wanita Cina yang beragama Buddha atau wanita India yang beragama Hindu) yang hendak berkahwin dengan lelaki Muslim maka perlulah wanita itu memeluk agama Islam terlebih dahulu, jika tidak perkahwinannya itu adalah dianggap tidak sah.