Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan
agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu
kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu
adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli
antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis
persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti. Di
dunia Barat, perkahwinan difahami secara
tradisi sebagai satu kesedudukan
monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain,
poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk
poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan
poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).