Perkhidmatan_Laut_(United_Kingdom)
Perkhidmatan_Laut_(United_Kingdom)

Perkhidmatan_Laut_(United_Kingdom)

Perkhidmatan Laut atau Naval Service adalah struktur organisasi peperangan laut dan maritim Angkatan Tentera British. Ia meliputi Tentera Laut Diraja, Marin Diraja, dan Perkhidmatan Kerjaya Tentera Laut. Istilah Perkhidmatan Laut hendaklah dibezakan dari "Perkhidmatan Tentera Laut UK", yang merangkumi Perkhidmatan Laut dan Tentera Laut Dagang. Keseluruhan Perkhidmatan Laut berada dibawah pemerintahan Lembaga Tentera Laut, yang dipimpin oleh First Sea Lord. Sekarang jawatan ini disandang oleh Laksamana Sir George Zambellas (dilantik April 2013). Majlis Pertahanan menyerahkan pentadbiran Perkhidmatan Laut kepada Lembaga Admiralti, dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan.Perkhidmatan Laut dikuasai oleh Tentera Laut Diraja, dan beroperasi sepenuhnya dari tiga pangkalan di United Kingdom dimana kapal-kapal yang bertugas ditempatkan; Portsmouth, Clyde dan Devonport, yang terakhir merupakan pangkalan operasi tentera laut yang terbesar di Eropah Barat. Pada tahun 2010, Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik menerbitkan sejumlah 258 buah kapal (yang berlainan jenis) bertugas dengan beberapa cawangan Perkhidmatan Laut, termasuk unit-unit sokongan seperti Khidmat Marin dan Armada Auksiliari Diraja. Jumlah berat kapal-kapal Tentera Laut Diraja, Marin Diraja dan Armada Auksiliari Diraja ialah lebih kurang 797,000 tan metrik.