Rembesan Perkumuhan

Rembesan ialah proses di mana komponen-komponen buangan tersebut melalui ke dalam tubul berlingkar distal dan tubul pengumpulan dari kapilari darah yang mengelilingi tubul tersebut. Secara ringkas, rembesan merupakan pembalikan atau proses yang bertentangan dengan penyerapan semula.

Sel di dinding tubul berlingkar distal mampu menyerap sebilangan kecil komponen-komponen buangan dari kapilari darah dan merembeskannya ke dalam tubul. Komponen-komponen tersebut ialah tersebut ialah ion hidrogen (H+), ion kalium (K+), ammonia (NH2), buangan bernitrogen seperti kretinina dan dadah seperti penisilin sama ada melalui pengangkutan aktif atau resapan. Selepas proses tersebut, bendalir yang muncul dari duktus pengumpulan yang dipanggil urin.