Perlawanan_Akhir_Piala_Dunia_FIFA_1934
Perlawanan_Akhir_Piala_Dunia_FIFA_1934

Perlawanan_Akhir_Piala_Dunia_FIFA_1934

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 1934 menemukan antara tuan rumah Piala Dunia FIFA 1934, Itali dan Czechoslovakia. Itali memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-1.Perlawanan akhir itu diadakan di Stadio Nazionale PNF di Rom. Czechoslovakia mendahului pada minit ke-71 melalui jaringan Antonín Puč. Itali menjaringkan gol penyamaan 10 minit kemudian melalui Raimundo Orsi. Perlawanan itu diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, dan ia merupakan perlawanan akhir Piala Dunia pertama yang diheret ke masa tambahan. Itali menjaringkan gol pendahuluan dan juga gol kemenangan, hanya 5 minit selepas masa tambahan bermula melalui jaringan Angelo Schiavio. Itali menjulang gelaran juara dunia buat pertama kalinya.