Perlembagaan_Thailand_2007
Perlembagaan_Thailand_2007

Perlembagaan_Thailand_2007

Perlembagaan Thailand 2007 telah dirangka oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh junta tentera yang memansuhkan Perlembagaan Thailand 1997. Pada 19 Ogos 2007 satu referendum telah diterima oleh 57.8% pengundi dan telah menjadi undang-undang. Perlembagaan baru ini telah mengatasi undang-undang tertinggi bagi kerajaan beraja tersebut, Perlembagaan Interim Thailand 2006.Perhimpunan Perangkaan Perlembagaan yang dilantik tentera telah bersetuju sebulat suara draf berkenaan dalam bulan Julai 2007, di sebalik kontroversi umum terhadap beberapa klausa tertentu.[1] Junta kemudiannya meluluskan undang-undang yang menjadikan kritikan terhadap draf perlembagaan suatu kesalahan.[2] Junta tentera berjaya menguruskan satu kempen propaganda sehingga lulusnya referendum berkenaan.