Perlis
Perlis

Perlis

Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Lihat peta lokasi di Google Maps. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang, dengan pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700 atau 2%), lain-lain (5,400 atau 3%), dan bumiputera lain (600 atau 0.3%).

Perlis

Huruf pertama plat kenderaan R
Laman sesawang: www.perlis.gov.my
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 01xxx
Ibu negeri Kangar
Bandar diraja Arau