Permaidani

Permaidani [pĕr-mai-da-ni] atau karpet [kar-pét] ialah sejenis alas lantai tekstil terdiri daripada lapisan atas berambal pintal yang diikat pada hamparan tertentu sebagai sokongan. Ambal ini lazim diperbuat secara tradisinya daripada bulu haiwan seperti bulu bebiri, namun gentian-gentian sintetik seperti polipropilena, nilon atau poliester semakin biasa dipakai ganti sejak abad ke-20 atas kos yang lebih murah. Hamparan ambal begini dapat diwarnakan serta dianyam dalam pelbagai corak mengikut citarasa pembeli.Permaidani dihasilkan untuk banyak tujuan sama ada untuk menebat haba atau melembutkan permukaan lantai lalu selesa dipijak, menyerap bunyi-bunyian persekitaran dalam rumah agar tidak mengganggu sesiapa yang berada di luar lingkungan ini, mahupun untuk tujuan menghiasi bilik semata-mata.