Kehidupan Permaisuri_Dangyeong

Baginda dilahirkan pada 7 Februari 1487 semasa pemerintahan Raja Seongjong. Ayahandanya, Shin Soo-geun adalah anggota suku Geochang Shin. Adik perempuannya, Permaisuri Jeinwondeok, ialah permaisuri utama Raja Yeonsangun. Ibundanya, isteri kedua Shin Soo-geun, ialah anggota suku Cheongju Han.

Pada tahun 1499, baginda berkahwin dengan Putera Besar Jinseong, putera kepada Seongjong, pada usia 13 tahun. Sebagai isteri putera raja, baginda mendapat gelaran Bubuin (Hangul: 부부인, Hanja: 府 夫人). Ibunya diberi gelaran kerajaan "Puan Besar Cheongwon dari suku Cheongju Han, Puteri Damping kepada Putera Dalaman" (Hangul: 청원부부인 청주 한씨, Hanja:淸原府夫人 淸州 韓氏), dan ayahandanya diberi gelaran diraja "Putera Dalaman Ikchang, Shin Soo-geun" (Hangul: 익창부원군 신수근, Hanja: 益昌府院君 愼守勤)

Pada tahun 1506, Raja Yeonsan telah digulingkan, dan pada hari yang sama, askar-askar milik pemimpin kudeta mengepung rumah Jinseong. Jinseong hendak membunuh dirinya sendiri, memikirkan bahawa Yeonsan kelak akan membunuhnya juga; tetapi Puteri Shin menegahnya. Ketika suaminya menjadi raja (nama kuil: Jungjong), baginda menjadi permaisuri. Tetapi memandangkan ayahandanya ialah abang ipar kepada Raja Yeonsan; dia menentang Jungjong menaiki takhta yang menyebabkan dia dibunuh. Disebabkan kejadian ini, Permaisuri juga digulingkan dan diusir dari istana. Ketika Yun Myung-hye (dikenali sebagai Permaisuri Janggyeong) yang merupakan permaisuri kedua Jungjong mangkat pada tahun 1515, para penyokong Ratu yang digulingkan mencadangkan untuk mengembalikannya, tetapi para pegawai menentang idea itu dan bahkan menyebabkan penyokongnya dibuang negeri.

Shin yang telah digulingkan mendapat bantuan daripada pengganti Jungjong, Injong, untuk menjadikan hidupnya lebih baik. Baginda mangkat pada tahun 1557, tanpa anak, dan dikebumikan di kubur keluarga. Makamnya diberi nama Olleung. Baginda terus disebut sebagai Permaisuri Shin yang Diguling sehingga Raja Yeongjo secara rasmi mengelarkannya sebagai Permaisuri Dangyeong pada tahun 1739.[1][2]