Persanakan

Templat:Antropologi persanakanTemplat:AntropologiDalam antropologi, persanakan ialah jaringan hubungan sosial yang membentuk bahagian penting kehidupan kebanyakan manusia dalam kebanyakan masyarakat, tetapi erti tepatnya juga dalam disiplin ini kerap diperdebatkan. Ahli antropologi Robin Fox menyatakan bahawa "kajian persanakan ialah kajian tentang perkara yang dilakukan oleh manusia dengan fakta-fakta asasi kehidupan ini - pengawanan, gestasi, masa keibubapaan, pensosialan, persaudaraan dll." Masyarakat manusia adalah unik, hujah beliau, dalam itu kita "bekerja dengan bahan mentah sama seperti yang wujud di dalam dunia haiwan, tetapi [kita] boleh mengkonsepkannya dan mengkategorikannya untuk mencapai matlamat sosial."[1] Matlamat sosial ini termasuklah pensosialan anak-anak, dan pembentukan kelompok ekonomi, politik, dan agama asas.Persanakan boleh merujuk kedua-dua corak hubungan sosial itu sendiri, atau persanakan boleh merujuk kajian corak hubungan sosial dalam satu atau lebih budaya manusia (iaitu kajian persanakan). Sepanjang sejarahnya, antropologi telah mengembangkan sebilangan konsep dan istilah berkaitan dalam kajian persanakan, seperti keturunan, kelompok keturunan, zuriat, afin, sekadim dan persanakan fiktif. Selanjutnya, juga dalam kedua-dua kegunaan luas istilah ini, terdapat pendekatan berteori berbeza.

Rujukan

WikiPedia: Persanakan http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropolog... http://mystatewill.com/degrees_of_kinship.htm http://ant.sagepub.com/cgi/content/abstract/1/2/23... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1223781... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1224921... http://anthro.palomar.edu/kinship/ http://eclectic.ss.uci.edu/~drwhite/pub/PUL-CAMB1a... http://eclectic.ss.uci.edu/~drwhite/pub/SIDES5.pdf http://intersci.ss.uci.edu/wiki/index.php/Network_... http://www.ausanthrop.net/research/kinship/