Persatuan_Hak_Cipta_Muzik_Korea

Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) adalah sebuah pertubuhan di Korea Selatan yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan pemegang hak cipta muzik dan mempromosikan pembangunan budaya muzik.Diasaskan pada tahun 1964, KOMCA merupakan pertubuhan pengurusan kolektif hak-hak kedua di Asia, selepas Persatuan Hak-hak Pengarang, Penggubah dan Penerbit Jepun (JASRAC) di Jepun, dan mempunyai keanggotaan melebihi 40 ribu orang.[3][2] Pada tahun 2021, KOMCA mengumpulkan bayaran pelesenan sebanyak KR₩2389 bilion (AS$221 juta) dan mengagihkan royalti kepada para anggotanya sebanyak KR₩256 bilion (AS$196 juta).[2]Pemilik-pemilik hak cipta termasuklah pengarang, penggubah, penyusun dan penerbit muzik boleh menyertai Persatuan Hak Cipta Muzik Korea sebagai anggota bersekutu. Anggota tersebut yang "telah terlibat dalam penciptaan muzik yang cukup besar" boleh dinaikkan kepada ahli penuh oleh lembaga pengarah. Mereka ini boleh menghadiri dan mengundi pada mesyuarat agung tahunan dan boleh dipilih sebagai ahli lembaga pengarah. Lembaga tersebut terdiri daripada 21 anggota, dipilih untuk tempoh tiga tahun.[3]

Rujukan

WikiPedia: Persatuan_Hak_Cipta_Muzik_Korea http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Persa... https://www.chosun.com/culture-life/performance-ar... https://books.google.com/books?id=W_N0ctyT10wC https://www.jasrac.or.jp/release/07/12_1.html https://librarian.nl.go.kr/LI/contents/L2010100000... https://www.komca.or.kr/ https://www.komca.or.kr/komca2/komca_0201.jsp https://web.archive.org/web/20160918200218/http://... https://web.archive.org/web/20220223011752/https:/...