Persatuan_Ummah_Sejahtera_Malaysia

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PASMA ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di Malaysia yang bermotifkan politik. PASMA ditubuhkan oleh anggota PAS yang cenderung untuk mengekalkan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat.[1] Ia diasaskan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi yang merupakan ADUN Pengkalan Kundor mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PASMA ditubuhkan pada September 2014 selepas keretakan mula berlaku dalam Pakatan Rakyat ekoran krisis Menteri Besar Selangor[2]. PASMA bersama-sama sebuah lagi kumpulan pecahan PAS yang digelar G18 telah bergabung dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Negara[3].