Penyokong Persebaya_Surabaya

Penyokong Persebaya dikenali dengan nama Bonek, Bonek adalah singkatan daripada perkataan Jawa yakni 'Bondo Nekat'.

Bondo bermakna aset, sumber atau modal, Nekat ertinya berkeras hati, dengan keras atau kuat kemauan, terlalu berani (tanpa fikir panjang), tidak mahu menyerah. Bonek adalah dua perpaduan kata yang dapat menyiratkan secara penuh bagaimana kebiasaan penyokong bola sepak yang memikul nama ini.[6]

Bonek merupakan satu antara kumpulan penyokong bola sepak terbesar di Indonesia, menurut laman sesawang thetopten.com, Bonek berada di peringkat kedua di bawah Bobotoh yang merupakan kumpulan penyokong kelab Persib Bandung.[7]

Seperti halnya penyokong-penyokong kelab bola sepak lainya, Bonek juga mempunyai rival ataupun musuh. Musuh tradisi Bonek adalah penyokong kelab Arema FC yang dikenali sebagai Aremania, Meskipun antara Persebaya dan Arema masih dalam satu negeri (Jawa Timur) namun pertembungan kedua kelab yang bertajuk Derbi Jawa Timur ini merupakan Super Big Match kedua terbesar di Indonesia setelah El Classico antara Persija Jakarta melawan Persib Bandung.