Acara Persekutuan_Sukan_Ekuestrian_Antarabangsa

Sukan Olimpik dan Paralimpik

Sukan melompat, dressage dan eventing merupakan sebahagian acara Olimpik sejak 1912. Dressage para-ekuestrian pula menyertai Sukan Paralimpik sejak 1996.

Sukan Ekuestrian Sedunia FEI

FEI menganjurkan Sukan Ekuestrian Sedunia FEI setiap empat tahun sejak 1990. Gagasan Sukan Ekuestrian Sedunia timbul pada pertengahan 1980-an dan menerima sokongan padu daripada Presiden FEI ketika itu, iaitu Putera Philip, Duke Edinburgh.

Sukan Ekuestrian Sedunia merangkumi Kejohanan Dunia dalam kesemua jurus global FEI.[1]

Piala Dunia

Piala Dunia FEI merupakan siri ekuesterian dalam bangunan yang diadakan di seluruh dunia dengan liga-liga kelayakan yang menjurus kepada pusingan akhir di setiap jurus. Piala Dunia FEI bermula dengan show jumping pada tahun 1978 dan semenjak itu dilanjutkan kepada jurus-jurus dressage, sukan kereta kuda dan sukan pelana.

Kejohanan sedunia, sebenua dan serantau

Kejohanan Dunia, Sebenua dan Serantau FEI dianjurkan dalam kesemua jurus dan kategori umur FEI. Antaranya:

  • World Eventing Championships for Young Horses (Kejohanan Eventing Kuda Muda Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Four-in-Hand (Kejohanan Kereta Kuda Berempat Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Singles (Kejohanan Kereta Kuda Tunggal Sedunia)
  • FEI World Endurance Championships for Seniors (Kejohanan Lumba Lasak Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Vaulting Championships for Seniors (Kejohanan Sukan Pelana Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Para-Equestrian Driving Championships (Kejohanan Kereta Kuda Para-Ekuestrian Sedunia)