Kesan Pertempuran_Ankara

Bayezid I ketika berada dalam tahanan Timur, hasil lukisan Stanisław Chlebowski.

Buat pertama kali dalam sejarah, Sultan Uthmaniyyah telah ditawan. Walaupun kedua-dua pasukan kehilangan bilangan tentera yang besar, kemenangan yang muktamad tentunya telah berpihak kepada Timur. Terdapat sejumlah teori menjelaskan apa yang telah terjadi kepada Bayezid ketika beliau berada di dalam tahanan tetapi semuanya telah menyebut bahawa beliau meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Pada tahun 1404, Timur melancarkan serangan ke atas Dinasti Ming di China tetapi beliau meninggal dunia pada tahun 1405. Kerajaan Uthmaniyyah memasuki tempoh perang saudara yang berlarutan membabitkan putera-putera Sultan Bayezid.