Pertempuran_Corunna
Pertempuran_Corunna

Pertempuran_Corunna

Pertempuran A Coruña (juga dieja Corunna, A Corunha, La Corunna, La Coruña, Elviña, atau La Corogne) berlangsung pada 16 Januari 1809, apabila sebuah kor Perancis di bawah pimpinan Marsyal Nicholas Soult menyerang tentera British yang dipimpin Leftenan Jeneral Sir John Moore. Pertempuran berlangsung semasa Peperangan Semenanjung, sebahagian daripada Peperangan Napoleon. Pertempuran ini hasilan kempen Perancis, yang diketuai Napoleon, yang telah mengalahkan tentera-tentera Sepanyol dan menyebabkan pengunduran tentera British ke kawasan pantai berikutan kegagalan serangan Moore terhadap angkatan Soult dan melencongkan tumpuan tentera Perancis.Tentera British membuat pengunduran epik merentasi wilayah utara Sepanyol sambil dikejar angkatan Soult, dan kedua-dua angkatan ini mengalami penderitaan akibat keadaan musim sejuk yang amat teruk. Tentera British mengalami keadaan kucar-kacir dan kehilangan semangat beberapa kali semasa pengunduran. Apabila tiba di pelabuhan Corunna yang terletak di pantai utara Galicia di Sepanyol beberapa hari sebelum ketibaan Perancis, mereka mendapati bahawa kapal-kapal pengangkut mereka masih belum tiba. Armada kapal pengangkut tiba di Corunna beberapa hari kemudian, dan tentera British sedang menaiki kapal apabila angkatan Perancis tiba dan memaksa British bertempur sebelum mereka dapat pulang ke England.[13]Dalam pertempuran yang berlangsung, pihak British berjaya menangani serangan Perancis dan menaiki kapal pengangkut mereka, lantas menyelamatkan tentera mereka daripada dimusnahkan Perancis, walaupunpun terpaksa meninggalkan bandar-bandar pelabuhan Corunna dan Ferrol, dan juga kawasan utara Sepanyol. Semasa pertempuran, Sir John Moore, komander British, menerima kecederaan maut dan meninggal dunia selepas kesemua serangan Perancis dipatahkan tenteranya.[14]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Corunna http://books.google.com/books/about/A_dictionary_o... http://books.google.com/books/about/Journal_of_a_s... http://books.google.com/books?id=IKZjAAAAMAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=LPMJAAAAIAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=fQsZAQAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=gpBKoIfCmPkC&pg=R... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k289552/f1.im... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k961147/f93.i... http://archive.org/details/retreattocorunna00blaku... http://www.archive.org/details/ahistorypeninsu01om...