Pertempuran_Covadonga
Pertempuran_Covadonga

Pertempuran_Covadonga

Templat:Campaignbox Kingdom of AsturiasPertempuran Covadonga merupakan kemenangan pertama pasukan tentera Kristian di Iberia selepas penaklukan Islam ke atas Hispania Visigoth pada tahun 711–718. Ia berlaku di Covadonga, berkemungkinan besar pada musim panas tahun 722. Kemenangan ini telah mewujudkan sebuah kerajaan kecil Kristian merdeka di pergunungan Asturias yang mana kemudian berkembang menjadi sebuah kerajaan beraja yang kuat di barat laut semenanjung Iberia dan menjadi kubu bagi menentang perkembangan pemerintahan Islam. Ia menjadi detik permulaan kembalinya pemerintahan Kristian di semenanjung Iberia. Bagi ramai sejarahwan, pertempuran di Covadonga menandakan permulaan Reconquista.[3]