Pertempuran_Diu_(1509)

Pertempuran Diu, kadang kala dirujuk sebagai Pertempuran Chaul Kedua, adalah sebuah pertempuran laut yang tercetus pada 3 Februari 1509 di Laut Arab, berdekatan dengan pelabuhan Diu, India, di antara Empayar Portugal dan sebuah armada bersama dari Sultan Gujarat, Kesultanan Mamlûk Burji dari Mesir, Zamorin dari Calicut dengan sokongan Uthmaniyyah, Republik Venice dan Republik Ragusa (Dubrovnik).[3]Kemenangan Portugal adalah kritikal: Mamluk dan Arab berundur, memudahkan strategi Portugal untuk mengawal Lautan India ke laluan perdagangan ke Tanjung Harapan, memintas laluan rempah tradisional yang dikawal oleh Arab dan Venice melalui Laut Merah dan Teluk Parsi. Selepas pertempuran, Portugal dengan pantas menawan pelabuhan-pelabuhan utama di Lautan India seperti Goa, Ceylon, Melaka dan Ormuz, menempangkan Kesultanan Mamluk di Mesir dan Kesultanan Gujarat, membantu perkembangan empayar Portugal dan mewujudkan penguasaan perdagangan selama hampir satu abad, sehingga ia kalah dalam Perang Belanda-Portugal dan Pertempuran Swally yang dimenangi oleh Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1612. Ia menandakan permulaan penjajahan Eropah di Asia. Ia juga menandakan limpahan pergelutan kuasa Kristian-Islam, di dan sekitar Laut Mediterranean dan Timur Tengah, ke Lautan India yang mana kawasan paling penting untuk perdagangan antarabangsa pada ketika itu.

Pertempuran_Diu_(1509)

Tarikh 3 Februari 1509
TarikhLokasiHasil
Tarikh3 Februari 1509
LokasiDiu, India
HasilKemenangan muktamad Portugal
Lokasi Diu, India
Hasil Kemenangan muktamad Portugal