Pertempuran Pertempuran_Firaz

Khalid memberi musuhnya pilihan untuk menyeberang Sungai Euphrates, dan sebaik sahaja mereka melakukan demikian, Khalid bertindak. Tentera gabungan membelakangkan sungai dan kedudukan mereka sama dengan kedudukan yang dialami musuh tentera Islam dalam pertempuran di Mazar. Khalid menghimpit rusuk musuh dengan sayap formasinya, dan dengan membuat gerakan pantas, tentera Islam menyerbu ke jambatan yang merintangi sungai dan berjaya menawan jambatan tersebut. Justeru pihak Byzantine dan Sasan terperangkap dalam gerakan penyepit dengan tentera Islam berada di hadapan dan di belakang mereka. Pihak Muslim meningkatkan serangan dan mengetatkan jerut di leher musuh. Dalam pertarungan yang berlaku, pihak Byzantine dan Sasan terpaksa berundur dengan mengharungi sungai dan dalam keadaan kucar-kacir, mereka berundur sambil dihujani anak panah Muslim. Pertempuran berdarah ini menjadi lebih hebat dan lebih daripada 50,000 orang Byzantine, Sasan dan Arab Kristian terkorban. Akhirnya Firaz, kubu kuat terakhir di Mesopotamia Parsi, jatuh ke tangan orang Islam.[4]