Pertempuran_Incheon
Pertempuran_Incheon

Pertempuran_Incheon

Pertempuran Inchon (Hangul: 인천상륙작전; Hanja: 仁川上陸作戰; RR: Incheon Sangnyuk Jakjeon) adalah penyerbuan amfibia dan pertempuran Perang Korea yang mengakibatkan kemenangan muktamad dan pembalikan strategik yang memihak kepada Bangsa-Bangsa Bersatu. Operasi ini melibatkan seramai 75,000 askar dan 261 kapal laut, dan membawa kepada penawanan semula ibukota Korea Selatan Seoul dua minggu kemudiannya.[3] Nama kod bagi operasi ini ialah Operasi Chromite.Pertempuran bermula pada 15 September 1950 dan berakhir pada 19 September. Melalui serangan amfibia mengejut jauh dari Perimeter Pusan yang mana tentera PBB dan Korea Selatan sangat-sangat mempertahankannya, bandaraya Incheon yang tidak dipertahankan telah diambil selepas di bom oleh tentera PBB. Pertempuran berakhir dengan kemenangan berturutan oleh Tentera Rakyat Korea (KPA) yang menyerang. Penawanan semula Seoul yang kemudian oleh PBB memisahkan beberapa laluan bekalan KPA di Korea Selatan.Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Selatan diperintah oleh Jeneral Besar Douglas MacArthur dari Tentera Darat Amerika Syarikat. MacArthur adalah penggerak utama operasi ini, mengenepikan rasa tidak puas hati para jeneral yang sangat was-was dengan serangan berisiko terhadap rupa bumi yang tidak menyenangkan.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Incheon http://www.ku.edu/carrie/texts/carrie_books/herman... http://assoc.orange.fr/france-coree/eurokorvet/uk/... http://www.history.army.mil/books/korea/20-2-1/toc... http://www.history.navy.mil/wars/assault.html //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... https://www.youtube.com/watch?v=K2yK4M-Tu1M https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh00007415 https://d-nb.info/gnd/7548621-0 https://web.archive.org/web/20041017232054/http://... https://www.wikidata.org/wiki/Q483039#