Latarbelakang Pertempuran_Jutland

Kapal-kapal perang Armada Besar (Grand Fleet) British sedang berbaris

Taktik Tentera Laut 1916

Pandangan umum adalah angkatan laut menghampiri pertempuran dalam baris sejajar bergerak dalam garisan agar menonjolkan sasaran paling kecil kepada torpedo. Semasa pertempuran sebenar angkatan perang perlu diletakkan dalam satu garisan, melintasi barisan musuh agar jumlah meriam maksima boleh digunakan, sementara pihak musuh hanya boleh menembak dengan turet hadapan pada kapal terhadapan sekali. Melaksanakan pergerakan klasik "melintasi T" merupakan sebahagian nasib; kemungkinan besarnya yang berlaku adalah pertempuran sengit antara dua angkatan pada laluan sejajar.