Sebelumnya Pertempuran_Kepulauan_Aegates

Beberapa tahun sebelum pertempuran kepulauan Aegates adalah perkembangan senyap Perang Punic Pertama. Rom kekurangan angkatan kapal-- apa yang ada pada permulaan perang telah dimusnahkan dalam pertempuran Drepana dan dalam ribut selepasnya-- bagaimanapun Carthage tidak menggunakan peluang yang ada. Perang tergantung, tertumpu pada operasi darat skala kecil di Sicily. Bagaimanapun, general Carthage Hamilcar Barca dengan perlahan mengukuhkan kedudukan di pulau tersebut dan kemungkinannya disebabkan oleh ini, pada tahun 242 BC Rom memutuskan membina satu angkatan pengganti dan mengambil kembali keunggulan tentera laut.

Walaupun dengan keputusan tersebut selepas 20 tahun berperang, kewangan Repablik dalam keadaan merudum dengan perbendaharaan negara kosong. Pergerakan masyhur dibentuk untuk menyelesaikan masalah ini menurut cara Rom, rakyat yang kaya, samaada bersendirian atau secara berpakat memutuskan untuk menunjukkan semangat patriotik dan membiayai pembinaan satu kapal setiap satu. Hasilnya satu angkatan 200 kapal quinquereme, dibina, dilengkapkan, dan kendalikan tanpa perbelanjaan awam.

Angkatan baru ini bersedia pada tahun 241 BC dan diserahkan kepada konsul Gaius Lutatius Catulus, dibantu oleh praetor Quintus Valerius Falto. Kesemua nasib malang dialami masa lalu dijadikan pengalaman. Semua kapal adalah lebih tahan cuaca , kerana senjata corvus telah ditinggalkan. Catulus dan Falto juga cuba melatih anak kapal dalam pergerakan dan latihan sebelum meninggalkan perairan selamat dan keputusannya adalah angkatan yang berada pada keadaan kemuncak persediaan.

Sementara itu, di Carthage, berita mengenai aktiviti musuh idak dibenarkan berlalu tanpa balas. Angkatan baru Carthaginian juga dibina berjumlah 250 kapal perang, kemungkinannya tidak cukup kaki tangan, dan dilancarkan di Mediterranean di bawah pemerintahan komandor Hanno (general yang dikalahkan di Agrigentum dan Ecnomus).