Pertempuran Pertempuran_Manzikert

Romanos sampai ke Manzikert dan mudah menawannya pada 23 Ogos, 1071. Dia bagaimanapun tidak sedar bahawa Alp Arslan dan tenteranya berada tidak jauh dari situ.

Pada 26 Ogos, 1071 kedua-dua pasukan ini bertemu. Beberapa saat setelah pertempuran bermula, banyak kepala yang mulai berterbangan dan banyak potongan badan yang mulai berhamburan, darah pun membanjiri medan pertempuran, ternyata pertempuran berpihak kepada pasukan Mujahidin serta memberi kemudahan kepada mereka untuk menghabisi pasukan musuh, hingga banyak sekali pasukan kafir yang terbunuh, bahkan jumlahnya tidak dapat dihitung. Sementara itu Romanus, maharaja Rom Barat turut ditawan.[4]