Pertempuran_Nagashino
Pertempuran_Nagashino

Pertempuran_Nagashino

Pertempuran Nagashino (長篠の戦い, Nagashino no Tatakai) berlangsung pada 1575 berhampiran Istana kota Nagashino (長篠城) di dataran Shitaragahara (設楽原) dalam daerah Mikawa (三河) of Japan. Istana kota tersebut telah dikepung oleh Takeda Katsuyori (武田勝頼) sejak 17 Jun; Okudaira Sadamasa (奥平貞昌), suruhan shogun Tokugawa memimpin pasukan bertahan. Istana kota itu diserang kerana ia mengancam garis bekalan Takeda.Kedua-dua Tokugawa Ieyasu (徳川家康) dan Oda Nobunaga (織田信長) menghantar tentera bagi membebaskan kepungan dan akibatnya Takeda Katsuyori (武田勝頼) dikalahkan. Kemenangan taktik barat Oda dan kejayaan senjata api mengatasi serbuan pasukan berkuda Takeda sering kali disebut sebagai titik perubahan dalam perperangan Jepun; ramai menyebutnya sebagai pertempuran Jepun moden. Sebenarnya, serbuan tentera berkuda hanya diperkenalkan satu generasi terdahulu oleh bapa Takeda, Takeda Shingen (武田信玄). Tambahan lagi senjata api telah digunakan dalam pertempuran lain. Ciptaan Oda Nobunaga adalah galang kayu dan sistem tembakan bergilir yang mendorong kepada kemenangan mutlak di Nagashino.