Pertempuran_Pulau_Pinang
Pertempuran_Pulau_Pinang

Pertempuran_Pulau_Pinang

Pertempuran Pulau Pinang berlaku pada 28 Oktober 1914, semasa Perang Dunia I. Ia merupakan pertempuran laut di Selat Melaka, di mana penjajap Jerman SMS Emden menenggelamkan dua kapal perang Pihak Berikat.Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, sebuah Koloni Mahkota British. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau di persisiran pantai barat Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). Ia terletak berhampiran dengan tanah besar. Bandar utama Pulau Pinang, George Town, merupakan pelabuhan. Pada awal bulan pertempuran, ia digunakan oleh tentera laut dan kapal dagangan pihak Berikat.Tidak lama selepas perperangan meletus, Skuadron Asia Timur Jerman meninggalkan pengkalannya di Tsingtao, China. Skuadron tersebut menghala east untuk ke Jerman tetapi sebuah kapal, SMS Emden, di bawah Korvettenkapitän (Lt. Kommander) Karl von Müller, meneruskan misi menyerbu secara solo.Pada awal pagi 28 Oktober 1914, Emden muncul di persisiran jalan George Town dan menyerang pelabuhan dan kapal yang berlabuh di sana. Sebelum sebarang kapal tentera sempat bertindak balas, penjajap Russia Zhemchug, ditenggelamkan. Kapal pembinasa Perancis Mosquet bertindak mengejar Emden tetapi turut menjadi mangsa dan ditenggelamkan oleh kapal Jerman tersebut.Emden meneruskan misi menyerbu selama beberapa minggu lagi, sebelum akhirnya ditenggelamkan dalam Pertempuran Cocos.