Pertempuran_Selat_Sunda

Pertempuran Selat Sunda merupakan satu pertempuran laut yang berlaku semasa Perang Dunia II. Pada malam 28 Februari, – 1 Mac, 1942, dua buah penjajap, setiap satunya dari Amerika Syarikat USS Houston dan Australia HMAS Perth bertembung dengan pasukan tugas Tentera Laut Imperial Jepun. Selepas pertempuran sengit yang berlangsung selama beberapa jam, kedua-dua kapal Bersekutu karam. Lima buah kapal Jepun juga karam di sebabkan tembakan sendiri, dua darinya kemudian diapungkan semula.